Kampung Felda Bersia ini berasal dari Tanah Rancangan Felda Bersia yang di bangunkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan di urus tadbir FELDA. Mulai tahun 2005 Felda telah di letak terus di bawah urusan dan jagaan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Felda Bersia mula di buka ialah pada tahun 1960 dan mula di tempatkan Peneroka ialah pada tahun 1963 bagi peringkat SATU, pada tahun 1965 peringkat DUA dan tahun 1968 peringkat TIGA yang berjumlah seramai 342 keluarga. Nama Felda Bersia ini di ambil dari nama kampung asalnya Bersia Lama sebuah kampung tradisional yang terdekat dengan Felda Bersia.
Hakcipta 2010 PAS FELDA BERSIA | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack
1 comments:
December 2, 2016 at 8:44 AM
Bilakah progrem utk penanaman semula ladang ladang peneroka kali ke 2 oleh pengurusan FELDA...dan apakah jenis tanaman komoditi yg sesuai d cadangkan pada masa ini.
Post a Comment